

Ticket Price :
BRONZE - RM 88
SILVER - RM 188
GOLD - RM 288
PLATINUM - RM 388
DIAMOND - RM 588 (**including Meet & Greet + T-Shirt + Poster)
All ticket price included ticket processing fees.
Debit & Credit Card payment is subject to 3% on total ticket price.
FPX payment is subject to RM5.00 per-transaction.
Tiket konsert boleh didapati di laman web www.ilassotickets.com. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan tiket konsert, boleh menghubungi talian hotline 011 1329 7822 (WhatsApp sahaja)
Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia
Tidak ada yang lebih indah daripada menghargai dan memberi apresiasi terhadap perkara-perkara terdahulu yang pernah bergulir dalam hidup.
Ini termasuklah kekal memberi penghargaan terhadap muzik yang terlebih dahulu membuat pendengar senang hati, mengubat lara seterusnya menjadi genre yang akhirnya diminati sehingga kini.
Salah satu genre muzik yang cukup berpengaruh dalam kalangan masyarakat kita suatu ketika dahulu adalah irama Keroncong. Akan tetapi irama ini dari masa ke semasa semakin tenggelam di tengah-tengah kerancakan arus muzik perdana. Menyifatkan Keroncong mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri, pihak Irama Studios menganjurkan Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia atas sokongan
Kementerian Komunikasi dan Digital serta MyCreative Ventures Sdn Bhd. Ia turut didorong dengan misi memulih dan mengembangkan (revive and evolve) potensi irama Keroncong Malaysia ke tahap antarabangsa agar seni warisan budaya ini dapat kekal relevan selamanya di samping menyuntik rasa kasih audiens serta masyarakat untuk sama-sama memulihara khazanah warisan budaya yang sangat tinggi nilainya. Lebih mengujakan persembahan para penyanyi dalam Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia ini akan diiringi oleh pemuzik yang cukup berprolifik dari Orkestra Keroncong Irama Perindu.
Dengan harapan Konsert ini akan membuka mata dan mengimbau kembali nostalgia lagu-lagu lama yang malar segar serta dendangan lagu baharu ciptaan tempatan lewat lantunan vokal penyanyi-penyanyi hebat tanah air. Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia berdurasi 1 jam 30 minit, dijayakan oleh penyanyi yang cukup ikonik dengan irama
Keroncong iaitu Dato Yusni Hamid. Bersama Yusni, Dato Khadijah Ibrahim akan ikut berdendang bersama Dato Awie dan Datin Alyah. Ini ditambah lagi dengan kehadiran pelapis-pelapis generasi baru iaitu Rasyidah Abd Rahim (Bintang Klasik 2012), Rizal Ahmad (Juara Bintang Nostalgia 2013), Jamilah Abu Bakar (Puteri Keroncong) dan HanByul. Kemunculan HanByul, Juara Big Stage 2019 serta Dato Awie di pentas ini akan menambahkan seri warna persembahan dalam usaha memartabatkan
irama Keroncong agar menjadi seleksi ramai untuk didengari dan diapresiasi.
Jangan lepaskan peluang anda menyaksikan Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia dijadualkan berlangsung di Istana Budaya pada 5 dan 6 Ogos 2023 jam 8.30 malam.
Panduan Penonton
● Penonton mesti berada di tempat duduk 15 minit sebelum persembahan bermula.
● Penonton yang lewat akan ditempatkan di bilik menunggu sebelum dibenarkan masuk ke dalam Panggung Sari pada masa yang sesuai.
● Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam.
● Kamera dan sebarang alat rakaman tidak boleh dibawa masuk ke dalam Panggung Sari tanpa kebenaran Pengurusan Istana Budaya.
● Telefon bimbit dan alat elektronik hendaklah dimatikan sewaktu memasuki Panggung Sari.
● Merokok, membawa makanan dan minuman serta vape ke dalam Panggung Sari adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Kod Pakaian
● Kemas, sopan dan bersesuaian.
● Tidak dibenarkan: Seluar jeans yang lusuh/koyak, Kemeja T berkolar
bulat, seluar pendek, pakaian menjolok mata, pakaian sukan, topi
dan selipar.
PERINGATAN PENTING
● Pihak Istana Budaya berhak menafikan penonton dari memasuki
Panggung Sari sekiranya penonton gagal mematuhi garis panduan dan
kod etika berpakaian yang digariskan di atas.
● Penonton dinasihatkan supaya menjaga barangan berharga. Istana
Budaya tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau
kerosakan terhadap barangan tersebut.
Audience Guidelines
● Audience must be seated 15 minutes before the show begins.
● Audience who are late will be ushered to the waiting room before
being permitted to enter Panggung Sari at an appropriate time.
● Children below the age of 6 are not allowed to enter Panggung Sari.
● Cameras and recorders are not allowed in the Panggung Sari without
authorzsation from the management of Istana Budaya.
● Hand phones and electronic devices are to be switched off inside
the Panggung Sari.
● Smoking, vaping, drinking or eating inside the Panggung Sari is
strictly prohibited.
Dress code
● Neat, proper and suitable.
● Not allowed: Faded/torn jeans, round neck t-shirts, shorts,
inappropriate attire, sports' attire, cap and slippers.
IMPORTANT REMINDER
● We reserve the right to deny entrance to audience who do not abide
to the above established guidelines and dress code.
● Audiences are advised to care for their personal things. Istana
Budaya will not be responsible for any loss or damage of their
personal belongings.
Concert Terms and Conditions
Each ticket is valid for one-time admission only | Lost or damaged ticket(s) will not be entertained | Tickets sold are not refundable / exchangeable | This event is strictly open to those aged 6 years old & above only | Attendees will need to be at least 6 years old on the date of the event and will be asked for photo ID as proof of age if needed | Attendees aged between 6 to 17 years old must be accompanied by an adult | Lost or damaged tickets will not be replaced | The Event Organizer may refuse entry to holders of tickets that are not genuine, purchased or acquired from unauthorized agents, or damaged | The resale or use of tickets by third parties in connection with other offers and promotions of tickets without the prior authorization or written consent of the Event Organizer is prohibited | The Event Organizer reserves the right to cancel any tickets that have been resold or used by third parties in connection with other promotions, without a refund and the bearer of the ticket may be refused admission.
This site uses cookies. Find out more about cookies and how you can refuse them.
New membership are not allowed.